Percetakan Salam Sdn. Bhd. (402414W)
Dahulu dikenali sebagai Prospecta Printers Sdn. Bhd.

Percetakan Salam Sdn. Bhd. mula beroperasi pada awal 1997. Ia telah ditubuhkan sebagai anak syarikat Pustaka Salam Sdn. Bhd. sebuah syarikat penerbitan buku yang beroperasi sejak 1982.

Percetakan Salam Sdn. Bhd. menjadi pencetak utama bahan-bahan terbitan Pustaka Salam Sdn. Bhd. Berdaftar dengan kementerian kewangan dan telah mencetak pelbagai bahan terbitan kementerian dan jabatan kerajaan. Di antaranya termasuk Lembaga Peperiksaan Malaysia, Jabatan Audit Negara, Kementerian Kesihatan Malaysia, Jabatan Agama Islam Selangor, Jabatan Agama Islam Pahang, Jabatan Mufti Pahang dan lain-lain.

Percetakan buku merupakan aktiviti utama syarikat. Selain itu, Percetakan Salam Sdn. Bhd. mencetak kalendar, poster, pek bungkusan, dan lain-lain.

No 81 & 81A, Jalan KPK 1/8,
Kaw. Perindustrian Kundang Jaya,
Kundang Jaya, 48020 Rawang, Selangor Darul Ehsan
Tel: 03-60343532 Fax: 03-60344436
Email: salamcetak97@yahoo.com.my
No. Rujukan Pendaftaran Kementerian Kewangan: 357-00052539
No. GST: 001030914048